Kepentingan DHA Di Dalam Susu Formula Bayi





Apakah Itu DHA




Docosahexaenoic Acid adalah sejenis asid lemak atau nama singkatannya DHA. Semasa di dalam kandungan, DHA dibekalkan secara semulajadi kepada bayi daripada ibu. Selepas bayi dilahirkan pula, DHA dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu.

Walaubagaimana pun, terdapat keadaan di mana ibu tidak dapat membekalkan susu yang mencukupi kepada bayi dan menyebabkan bayi tidak menerima DHA yang mencukupi. Oleh itu, DHA tambahan dari sumber lain perlu dibekalkan kepada bayi. Oleh itu, susu formula merupakan alternatif terbaik untuk membekalkan nutrisi ini kepada bayi.

Kepentingan DHA Kepada Bayi

Terdapat banyak kajian telah dilakukan oleh doktor-doktor yang bertauliah mengenai kepentingan DHA kepada bayi.


  1. Meningkatkan keupayaan minda bayi dalam perkara yang berkaitan keupayaan daya menyelesaikan masalah, meningkatkan keupayaan daya ingatan otak bayi, meningkatkan keupayaan bayi untuk membuat keputusan.
  2. Meningkatkan daya penglihatan bayi. 

Kajian juga telah menunjukkan bahawa walaupun bayi diberi susu formula yang mempunyai kandungan DHA yang tinggi, ianya masih tidak dapat menggantikan DHA yang dibekalkan oleh susu ibu kerana DHA yang terdapat didalam susu ibu adalah asli.

Oleh sebab itulah doktor menggalakan ibu memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi sejak dari mula dilahirkan.


Share on Google Plus

About Blogger Freestyle

Berkongsi Maklumat Dengan Para Ibu Bapa Di Luar Sana Dengan Ilmu Yang Ada
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment