Bagi bayi yang baru pulih dari Jaundis, demam adalah perkara yang paling bahaya kerana demam menunjukkan bayi anda dijangkiti penyakit. Pemeriksaan segera perlu dilakukan untuk mengetahui mengapa bayi demam.
Suhu badan normal untuk bayi adalah di antara 36.5 darjah Celsius hingga 37.5 darjah Celsius. Pertama sekali bagaimana ibu bapa hendak tahu macam mana bayi dikira demam, tentu sukar kan? Disinilah pentingnya ibu bapa mempunyai Termometer untuk memeriksa suhu badan bayi anda.
Berbalik kepada cerita bayi aku. Setelah pemeriksaan dilakukan, Doktor menasihatkan aku untuk mendaftarkan bayi aku ke wad untuk sehari. Ini bertujuan untuk Doktor memantau dengan rapi keadaan bayi aku itu. Doktor telah mengambil sampel darah dan air kencing untuk dianalisa bagi memastikan tiada jangkitan kuman dalam badan bayi aku. Masa itu, memang sangat risau. Tapi setelah keputusan keluar, Doktor mengesahkan bayi aku bersih dari segala jangkitan kuman. Masa itu, memang syukur sangat-sangat pada Tuhan.
Semasa keluar dari hospital, Doktor telah menasihatkan aku supaya memiliki sebiji termometer supaya aku dapat memeriksa suhu bayi aku dirumah untuk tujuan pemantauan aku sendiri.
Jadi, aku memulakan pencarian termometer untuk bayi aku. Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis Termometer, dari harga yang mahal, hinggalah harga yang paling murah. Terdapat juga berbagai-bagai cara untuk memeriksa suhu bayi iaitu di bawah ketiak, di bawah lidah dan dahi. Tapi, mengikut Doktor yang merawat anak aku, tempat yang paling berkesan untuk memeriksa suhu badan adalah di bawah lidah. Tetapi untuk bayi, ia tidak dapat dilakukan kerana takut bayi terkena jangkitan kuman.
Oleh itu, aku memilih sebuah termometer yang boleh digunakan untuk memeriksa suhu bayi samada di bawah lidah atau di bawah ketiak. Ingin aku tekankan disini kepada ibu bapa semua, elakkan dari membeli thermometer buatan China yang tiada apa-apa pengiktirafan. Ini kerana risiko suhu yang diambil salah adalah tinggi.
Setelah melakukan sedikit pembacaan, aku telah memilih Microlife Digital Thermometer Standard. Microlife Digital Thermometer ini adalah sebuah termometer buatan Swiss, jadi kualitinya tidak perlu kita ragui. Perkara yang paling menarik mengenai Microlife Digital Thermometer adalah kerana ia mempunyai waranti sepanjang hayat dan harganya memang mampu milik, iaitu kurang dari RM30, sangat berpatutan dan berbaloi jika dibandingkan dengan kualiti yang ditawarkan
Bagi sesiapa yang ingin memiliki termometer ini, boleh beli melalui Lazada
Microlife Digital Thermometer Standard->>>klik sini
0 comments:
Post a Comment