Oleh sebab itu, untuk entri yang pertama dari blog aku nih, aku memilih untuk memberikan sedikit pandangan mengenai stroller yang ringan untuk bayi baru lahir atau lighweight stroller for newborn. Stroller untuk newborn selalunya berbeza dengan stroller biasa kerana kita perlukan stroller yang boleh meletakkan bayi secara mendatar atau baring sepenuhnya.
Bagi aku, terdapat beberapa ciri utama yang perlu difikirkan sebelum ibu bapa mengambil keputusan untuk membeli stroller for newborn:
1. Pastikan stroller adalah ringan. Ringan bermaksud adalah ibu atau bapa tidak terlalu terbeban untuk membawa stroller for newborn ke hulu dan ke hilir. Stroller ini mestilah mampu untuk diangkat oleh ibu semasa membawa masuk atau mengeluarkan dari kereta dan sesebuah stroller yang dikatakan ringan selalunya bermaksud berat stroller tersebut adalah kurang dari 7kg
2. Pastikan stroller for newborn adalah bersaiz kompak, dengan maksud yang lebih ringkas stroller tersebut boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam bonet kereta anda. Kereta jugak hendaklah bergnatung kepada jenis. Untuk perbincangan hari ini, saya mengambil kereta myvi sebagai perbandingan. Bagi kereta yang mempunyai ruang bonet yang lebih kecil dari myvi, saya yakin yang stroller for newborn perlu diletakkan di ruang penumpang belakang
3. Pastikan stroller for newborn mudah untuk dilipat. Setiap stroller akan mempunyai cara lipatan untuk simpanan yang berbeza. Terdapat umbrella folding stroller, 2 stages folding stroller dan 3 stages folding stroller. Cara lipatan yang mudah penting untuk memudahkan ibu bapa menyimpan stroller di dalam kereta atau di rumah.
4. Pastikan harga yang berpatutan. Ini yang paling penting dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini. Kita memang mahukan yang terbaik untuk anak kita, tapi ada lagi perkara yang lebih penting daripada stroller. Jadi, pilihlah dengan bijak.
Pada pandangan aku, ini adalah ciri-ciri utama yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan untuk membeli stroller. Stroller for newborn adalah satu perbelanjaan yang agak besar dalam membeli barangan keperluan bayi. Sekiranya tidak dimanfaatkan dan digunakan semaksima yang mungkin, akan memberi kerugian kepada kita.
Sekian...entri akan datang..stroller yang ringan untuk bayi anda atau lightweight stroller for newborn.
0 comments:
Post a Comment