Bagi ibu bapa yang menunggu kehadiran anak sulung di dalam keluarga atau yang baru sahaja menjadi ayah dan ibu kepada si kecil, pasti mempunyai masalah untuk memilih susu formula terbaik untuk bayi. Kadang kala, ibu terpaksa memberikan susu tambahan kepada bayi kerana tidak mempunyai susu badan yang cukup untuk menampung keperluan bayi atau kesibukan bekerja yang menyebabkan bayi terpaksa ditinggalkan di rumah pengasuh ketika ibu bekerja. Oleh itu, susu formula menjadi susu pengganti kepada susu ibu.
Sekiranya kita melihat di pasaraya, terdapat pelbagai jenis susu yang terdapat di pasaran dari harga yang paling murah, hingga harga yang paling mahal. Jadi, mengapa terdapat perbezaan di dalam setiap jenis susu? Apakah faktor yang menyebabkan harga susu formula sesuatu jenama itu mahal?
Terlebih dahulu saya ingin berkongsi beberapa jenis susu yang terdapat di pasaran iaitu:
- Susu formula yang berasaskan susu lembu
- Susu formula yang berasaskan susu kambing
- Susu formula yang berasaskan kacang soya
- Susu formula untuk bayi pra-matang
- Susu formula yang tidak mempunyai laktosa
- Susu formula yang tidak mempunyai gula tambahan
Apakah itu DHA?
Mengapa DHA penting kepada bayi?
Bagaimana DHA merangsang perkembangan bayi?
Jenama susu formula yang mempunyai peratusan DHA yang tinggi?
Semua soalan di atas akan terjawab di dalam entri saya yang berikut iaitu Kepentingan DHA Kepada Bayi
0 comments:
Post a Comment