Untuk entri kali ini, aku ingin berkongsi dengan para ibu bapa berkenaan stroller yang ringan dan sesuai untuk newborn atau bayi baru lahir. Mengikut bacaan dan kajian yang aku telah lakukan, stoller yang ringan dan sesuai untuk newborn adalah Babyzen YoYo 2014. Disini diingatkan bahawa terdapat 2 versi stroller Babyzen Yoyo, iaitu versi sebelum tahun 2014 dan versi yang dikeluarkan pada 2014. Ini kerana, hanya Babyzen YoYo keluaran 2014 atau Babyzen YoYo 0+ yang boleh digunakan bermula dari bayi baru lahir atau newborn. Jadi, pastikan anda tidak salah ketika membeli stroller ini.
Kita lihat ciri-ciri utama Babyzen YoYo yang menarik perhatian:
- Berat stroller ini cuma lebih kurang 5kg sahaja. Kalau hendak rasa beratnya macam mana, pergi ker supermarket, dan cuba angkat beras kampit yang beratnya 5kg.
- Saiz stroller Babyzen YoYo setelah dilipat hanyalah 18cm tebal, 44cm lebar dan 52cm tinggi. Kita boleh lihat gambar dibawah dimana Babyzen YoYo diletakkan di antara kerusi penumpang. Saiznya sangat kompak setelah dilipat.
- Berat maksimum bayi yang boleh dibawa adalah 15kg
- Sila lihat video dibawah untuk mengetahui bagaimana stroller ini dilipat dan komen dari saya, dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja, stroller ini dapat dibuka dan dilipat dengan mudah. Setelah dilipat, boleh disangkut ke bahu pula.
Kesimpulannya, bagi mereka yang mempunyai kereta yang kecil atau bercadang untuk mempunyai sebuah stroller yang mudah dibawa ke mana-mana samada menaiki kereta, bas atau kapal terbang, Babyzen YoYo adalah pilihan yang terbaik di pasaran sekarang ini. Harga pasaran stroller ini adalah sekitar RM1400 hingga ker RM1600. Pastikan anda tidak tertipu dengan barang imitation.
0 comments:
Post a Comment