Kesalahan Ketika Membancuh Susu Formula Untuk Bayi
Pernah atau tidak ibu bapa membaca label cara membancuh yang ditulis pada kotak atau tin susu formula tersebut? Pasti ada yang pernah, pasti juga ada yang mengikut sahaja cara membancuh susu yang diajar oleh orang-orang tua.
Jadi hari ini aku berkongsi sedikit tentang hal ini, ibu bapa perlu tahu setiap susu formula mempunyai cara penyediaan yang tersendiri. Cohtohnya seperti susu Anmum. Di label telah ditulis yang suhu air untuk membancuh susu tersebut tidak boleh lebih dari 45 darjah selsius, mengapa? Kerana di dalam susu tersebut mempunyai bakteria hidup yang baik untuk bayi. Sekiranya suhu yang tinggi digunakan, dikhuatiri bakteria baik yang terdapat di dalam susu tersebut boleh mati.
Perkara yang kedua, setelah dibuka, susu hanya boleh digunakan selama 3 minggu sahaja bagi susu Anmum. Ini bermakna sekiranya susu itu tidak dihabiskan dalam masa 3 minggu, ia perlu dibuang. Bagi susu Enfalac A+ pula, setelah bungkusan dibuka, ia mestilah dihabiskan dalam masa sebulan.
Perkara yang ketiga, susu formula tidak perlu disimpan di dalam peti ais, hanya perlu disimpan dalam bekas kedap udara, ditempat dingin dan sejuk sahaja, seperti suhu bilik. Ini kerana terdapat ibu bapa yang menyimpan susu formula bayi di dalam peti ais kerana takut susu dihurung semut.
Perkara-perkara di atas sekiranya tidak diambil perhatian oleh ibu bapa, boleh membahayakan si bayi anda dan mungkin juga boleh menyebabkan bayi anda sakit. Jadi, nasihat aku apabila membeli susu, tolong baca segala maklumat yang tertulis pada kotak atau tin susu formula.
0 comments:
Post a Comment